Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Sejarah singkat penubuhan gereja PCS Senai Johor Bahru

Imej
Gereja PCS Senai mula dibangunkan pada penghujung tahun 2015 setelah dirintis hampir 20 tahun yang lalu. Penubuhan Gereja PCS Senai ini berjaya dilaksanakan adalah hasil usaha, komitmen dan kerinduan jemaat PCS yang ada di Johor Bahru dan juga sokongan kuat daripada gembala PCS Semenanjung iaitu pendeta Parasin Oinung. Buat masa ini (2020), pelayanan PCS di Senai diketuai oleh Encik Jahani Mathis selaku Gembala Jemaah. Manakalah pentadbiran gereja pula diketuai oleh pengerusi Joey@Jetim. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang pelayanan di PCS Senai ini. Sejarah Singkat Penubuhan dan Pelayanan PCS Senai (Johor Bahru) Ini adalah kronologi singkat mengenai bagaimana berlakunya misi pelayanan PCS di Johor Bahru. Sekitar pada tahun 1996, terdapat satu misi pelayanan daripada PCS Pusat telah dirancang. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan keperluan pelayanan rohani kepada jemaat PCS yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan dan menyam...