Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Sejarah Penubuhan Persekutuan Belia Pusat

Imej
1.    Sejarah Dan Perkembangan Persekutuan Belia Protestant Church in Sabah (PCS) [1] , Dari Tahun 1970 Hingga 2002 [2]             Persekutuan Belia PCS Pusat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1976. Pada mulanya ia hanya dikenali sebagai “Badan Belia Pusat”. Namun sebelum penubuhan badan ini, sebenarnya ada beberapa parokih yang terdahulu menubuhkan Badan/Persekutuan ini, iaitu parokih Bandar Kudat/asrama (sekitar tahun 1970), Parokih Dandun (1974), dan Parokih Tinangol (1974). Selepas penubuhan diperingkat pusat, ia diikuti pula oleh Parokih Sikuati (1976), Parokih Batition (13.6.1977), Parokih Bombong 4 (21.10.1977), Parokih Pantai dan Kudat Selatan.             Pada awal penubuhan persekutuan ini, aktiviti Belia sangat ringkas sesuai dengan keperluan dan keupayaan waktu itu. Aktiviti utama adalah belajar lagu-lagu rohani dan pembacaan ayat-ayat ...

Ringkas-Penubuhan Belia PCS Jemaat Rukom Ulu

Imej
PENDAHULUAN [1] 1.      Siapakah Belia itu? Ahli psikologi perkembangan Barat sebenarnya masih belum mencapai kata sepakat apabila menentukan golongan yang dikatakan remaja. Di negara kita, golongan berpendidikan tinggi lebih cenderung membuat sedikit perbandingan di antara remaja dan belia. Walaupun perbezaannya masih belum jelas tetapi ia dapat memberi gambaran perbandingan di antara dua istilah itu. Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun.             Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Istilah lain yang berkaitan pula digunakan bagi menerangkan sifat umum yang ada pada diri remaja itu sendiri, seperti baligh dan matang. Perkataan juvenil juga sering disebut kerana ia berkait dengan remaja. Kamus Dewan (2000:1121) menjel...

Sejarah singkat penubuhan gereja PCS Senai Johor Bahru

Imej
Gereja PCS Senai mula dibangunkan pada penghujung tahun 2015 setelah dirintis hampir 20 tahun yang lalu. Penubuhan Gereja PCS Senai ini berjaya dilaksanakan adalah hasil usaha, komitmen dan kerinduan jemaat PCS yang ada di Johor Bahru dan juga sokongan kuat daripada gembala PCS Semenanjung iaitu pendeta Parasin Oinung. Buat masa ini (2020), pelayanan PCS di Senai diketuai oleh Encik Jahani Mathis selaku Gembala Jemaah. Manakalah pentadbiran gereja pula diketuai oleh pengerusi Joey@Jetim. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang pelayanan di PCS Senai ini. Sejarah Singkat Penubuhan dan Pelayanan PCS Senai (Johor Bahru) Ini adalah kronologi singkat mengenai bagaimana berlakunya misi pelayanan PCS di Johor Bahru. Sekitar pada tahun 1996, terdapat satu misi pelayanan daripada PCS Pusat telah dirancang. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan keperluan pelayanan rohani kepada jemaat PCS yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan dan menyam...