Sejarah singkat penubuhan gereja PCS Senai Johor Bahru


Gereja PCS Senai mula dibangunkan pada penghujung tahun 2015 setelah dirintis hampir 20 tahun yang lalu. Penubuhan Gereja PCS Senai ini berjaya dilaksanakan adalah hasil usaha, komitmen dan kerinduan jemaat PCS yang ada di Johor Bahru dan juga sokongan kuat daripada gembala PCS Semenanjung iaitu pendeta Parasin Oinung. Buat masa ini (2020), pelayanan PCS di Senai diketuai oleh Encik Jahani Mathis selaku Gembala Jemaah. Manakalah pentadbiran gereja pula diketuai oleh pengerusi Joey@Jetim. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang pelayanan di PCS Senai ini.

Sejarah Singkat Penubuhan dan Pelayanan PCS Senai (Johor Bahru)
Ini adalah kronologi singkat mengenai bagaimana berlakunya misi pelayanan PCS di Johor Bahru. Sekitar pada tahun 1996, terdapat satu misi pelayanan daripada PCS Pusat telah dirancang. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan keperluan pelayanan rohani kepada jemaat PCS yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan dan menyambung pelajaran di sini. Pelayanan pertama PCS berlaku di Shah Alam dan seterusnya berkembang ke Butterworth, Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan. Pengembalaan Jemaat PCS di Semenanjung pada masa itu dimulai dan diketuai oleh gembala PCS Semenanjung yang pertama iaitu pendeta Marunsai Dawai. Manakala pelayanan di Johor Bahru diterajui oleh seorang penginjil iaitu penginjil Louis Mosital. Pada masa itu, persekutuan PCS Johor Bahru mulai bergerak Melalui Kebaktian Rumah Tangga. Keadaan ini berterusan untuk beberapa waktu sebelum ia berhenti sekitar awal tahun 2003. Mengikut sumber daripada jemaat lama, pelayanan PCS di Johor Bahru berhenti atas beberapa faktor antaranya pertukaran tempat kerja penginjil dan jemaat ke negeri lain dan pulang ke tempat asal.



Rencana Tuhan terjadi, setelah pertengahan tahun 2015 persekutuan PCS di Johor Bahru mulai bergerak apabila sekumpulan jemaat memulakan perjumpaan dalam bentuk Kebaktian Rumah Tangga dari rumah ke rumah. Keadaan ini berterusan sehingga jemaat berjaya memiliki dan menyewa satu ruang ibadah sendiri dan peristiwa ini terjadi sekitar bulan November 2015. Ini merupakan buah hasil lawatan dan perjumpaan gembala semenanjung dengan jemaat PCS di Johor Bahru telah memberi impak yang besar. Berkat dorongan, semangat dan kerjasama diantara jemaat PCS di Johor bahru berjaya mengadakan satu kebaktian kali pertama di Gereja PCS Senai pada Tarikh yang istimewa iaitu 25 desember 2015 sempena hari Natal. Jemaat PCS Johor Bahru telah mengadakan satu mesyuarat khas pada bulan januari 2016. Hasil daripada perbincangan mesyuarat tersebut antaranya memutuskan nama jemaat PCS Johor Bahru ditukar kepada jemaat PCS Senai dengan alasan bangunan gereja terletak di Kawasan Mukim Senai, Johor.

Pandangan Hadapan Gereja PCS Senai

Jemaat PCS Senai JB


Kebaktian Rumah Tangga (KRT)

"Memberkati Sesama Membangun Tubuh Kristus"

Mazmur 100:2-5 (TB)  Beribadahlah kepada TUHAN dengan sukacita, datanglah ke hadapan-Nya dengan sorak-sorai!
Ketahuilah, bahwa TUHANlah Allah; Dialah yang menjadikan kita dan punya Dialah kita, umat-Nya dan kawanan domba gembalaan-Nya.
Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan nyanyian syukur, ke dalam pelataran-Nya dengan puji-pujian, bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah nama-Nya!
Sebab TUHAN itu baik, kasih setia-Nya untuk selama-lamanya, dan kesetiaan-Nya tetap turun-temurun.


Kami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bergabung dengan kami di PCS Senai.

©Jefferi Japirun-laporan pelayanan PCS Senai 2016

Jahani Mathis
Gembala sidang PCS Senai
014-5572539/011-29983968

The Protestan Church in Sabah (PCS)
Gereja PCS Senai
118A, Jalan Senai jaya 3, Taman Senai Jaya,
84100 Senai, Johor

Email: pcssenai2020@gmail.com

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Penubuhan Persekutuan Belia Pusat

Ringkas-Penubuhan Belia PCS Jemaat Rukom Ulu